Home » , » 10 Tanda-Tanda Korang Ketagihan Twitter

10 Tanda-Tanda Korang Ketagihan Twitter

Twitter, Apa Itu Tahi Twitter, Twitterjaya
Assalamualaikum geng blog hijau. Lama tak update blog hijau ni, kali terakhir updated 9 Oktober 2011 pasal Leggings. Bukan malas ye sayang² semua tapi lately aku busy yang amat (bajet ada yang tertunggu-tunggu entry daripada aku... -__-"). Baiklah, kali ni aku nak share 10 tanda-tanda korang ketagihan Twitter. Di Twitterjaya, manusia yang ketagihan twitter ni dipanggil dengan bermacam-macam gelaran seperti Tahi Twitter, Twitterholic, Tweep Tegar dan sebagainya.


10 Tanda-Tanda Korang Ketagihan Twitter
  1. Nak tahu perkembangan artis atau isu semasa, korang login Twitter je.

  2. Away from keyboard tapi masih online di Twitter dengan menggunakan smartphone.

  3. Beli smartphone semata-mata kerana nak tweet² kat Twitter.

  4. Tengah berendam dalam bathtub pun sempat lagi tweet².

  5. Kerana Twitter, keyboard tukar setiap tahun, keypad tukar setiap bulan.

  6. Marahkan jiran sebelah, lepas kat Twitter, kesian followers sebab terpaksa baca.

  7. Setiap apa yang berlaku depan mata, mesti korang tweet. Dah twitter tanya 'What’s happening?', sape suruh kan.

  8. Sosial dengan real friends seminggu sekali je, 6 hari selebihnya dihabiskan dengan tweeps.

  9. Kena troll beribu kali macam Najua Boltz pun tapi tetap online Twitter setiap hari.

  10. Isteri nak bersalin pun sempat lagi tweet "Bini aku nak beranak dahhhh!!!!".
Sape sudi, silakan follow Twitter aku. (-,^)



P/s: Point yang aku tulis kat atas ni banyak jugak kena kat 'batang hidung' sendiri. Okbai!

23 Comments:

syafiq_lomotech said...

so aku rasa aku tak la ni.

1. denied.
2. true
3. denied
4. denied
5. denied
6. plausible (jiran aku baik blake)
7. true
8. too true
9. plausible (sebab macam tak pernah kene troll)
10. plausible (aku tak kawen lagi)

so markah aku.... 3 je yang true. memang bukan addicted la aku :D

Nazim Nasri said...

follow sini :p

@NazimNasri

reen afny said...

haha aku batak twitter pun dgn kawan2 aku je...
fesbuk bosan skang, so beralih kpd twitter plak. hehee

Rosalia said...

hahah.sy tak mcm tu la. biasa2 jek.

Faridzuan said...

Sangat! Yang point nombor 1 itu sangatlah sesuai dengan saya! Nah, sudi followlah! @faridzuan1995 :D

Legasi Piston Pecah said...

ada yang kene...
ada yg sipi2..
ada yg tak berkait jgk kot..
kikiki

Admiral Anwar said...

no 3 tu mmg impian aku. haha. @admiralanwar

FarahMohdRadzi said...

saya tak addicted dgn twitter la ni sebab semua tanda2 tu takde kat saya. hahaha

Dauspozi said...

@syafiq_lomotech Nampaknya macam tu la... Bro bukan Tweep Tegar.. hehe.. (-,^)

Dauspozi said...

@Nazim Nasri Kemain tepek tweethandle je.. hahaha.. (^_^)

Dauspozi said...

@reen afny Yep! FB teramatlah bosan.. Kalau dulu mengadap berjam-jam, sekarang tak sampai 15 minit, dah logout. LOL! (-,^)

Dauspozi said...

@Rosalia Maknanya akak bukan Penagih Twitter.. haha.. bagus2.. (-,^)

Dauspozi said...

@Faridzuan Point 1 je ke bro? hehehe.. :)

Dauspozi said...

@Legasi Piston Pecah Aku pasti no 10, bro tak berkait langsung kan? hahaha.. :D

Dauspozi said...

@Admiral Anwar Semoga tercapai.. hehe.. :)

Dauspozi said...

@FarahMohdRadzi Baguslah.. Susah kalau dah ketagih Twitter nih.. haha (-,^)

SyazwanSarawak said...

untunglah daus retis blogger tweep. muehehe
ko lupa gak tanda ketagihan lain; selalu kena limit and kalau ada twtup je mesti join. kahkahkah

p/s: follow tweep picisan @syzwnsrwk

Bardboo said...

lama menyepi di blog ek?? setakatni akak belum gila twitter lagi..malas nak tengok timeline yg laju tu..sakit mata...

a kl citizen said...

troll tu apa ya?

Dauspozi said...

@SyazwanSarawak yes! selalu kena limit adalah salah satu daripada tanda-tanda.. Lupa pulak nak tulis.. -..-

Dauspozi said...

@Bardboo Takde idea kak.. sebab tu menyepi je.. haha.. =)

Dauspozi said...

@a kl citizen Troll tu kalau tak silap daus, macam provoke jugak lah.. hehe

Zulfikar Hazri said...

aku skrg ni baru aktif tweet, tapi byk taktau term2 dia. hantam sajalahhhhh

Post a Comment

SILA BACA NOTIS INI TERLEBIH DAHULU!

Assalamualaikum!

Sebelum korang meninggalkan komen, aku nak ingatkan supaya jangan tinggalkan link blog di ruangan komen.

Ini kerana blog Dauspozi.com akan dianggap sebagai BLOG SPAM oleh Google disebabkan link tersebut.

Komen yang mengandungi link blog akan dipadam serta merta. Kerjasama daripada korang semua amatlah diharapkan.

Terima kasih!

 

BLOG DAUSPOZI.COM TELAH DIBINA PADA 27 JANUARI 2009. SEBARANG 'COPY PASTE' KE ATAS BLOG INI TANPA IZIN PEMILIK ADALAH TIDAK DIBENARKAN.