
Assalamualaikum geng blog hijau. Semalam ter'usha iklan sinetron Nada Cinta kat Astro Ria, dia punya promo nampak macam best. Aku tengok sinetron ni macam filem High School Musical pun ada. Korang mesti kenal sape hero dalam sinetron ni kan?, yes! Randy Pangalila tapi aku baru kenal awek yang jadi heroin ni, Mikha Tambayong. Duk usha gambar² minah ni kat Google Images, cun jugak la tapi belum bisa ngalahin makwe indon aku yang lagi sorang, sape lagi kalau bukan Chelsea Olivia.

Poster Nada Cinta yang 'Kelass Kau Jah!'
Sinopsis Nada Cinta Di Astro Ria
OST Nada Cinta: I Need You - Randy Pangalila feat. Kiting
Dauspozi: Sila usha blog Zon Lyric untuk lirik lagu 'I Need You'.
- Entry ini di'publish pada 25 September 2011 -

Poster Nada Cinta yang 'Kelass Kau Jah!'
Sinopsis Nada Cinta Di Astro Ria
Faris adalah anak orang kaya yang bercinta dengan Rina, seorang guru muzik dari keluarga biasa. Hubungan ini dihalang oleh Tirta, bapanya. Faris dipisahkan daripada Rina dan dipaksa berkahwin dengan Nia. Sementara itu, Rina mendapat tahu bahawa dia mengandung dan melahirkan bayi perempuan. Tapi malangnya bayi perempuan tersebut diculik oleh adik Nia dan dibuang di pusat jagaan kanak-kanak.Sesiapa nak copy paste sinopsis Nada Cinta, mohon sertakan backlink ke blog ni, susah payah gua translate sinopsis dari Bahasa Indonesia ke Bahasa Melayu. Maraming salamat!
17 tahun kemudian... Nada, bayi perempuan yang dulu dibuang oleh adik Nia, kini membesar menjadi remaja yang cantik dan sangat mencintai muzik. Nada berhasrat untuk bertemu dengan ibubapa kandungnya yang entah di mana. Nada bertekad untuk melarikan diri ke Jakarta.
Ketika tiba di Jakarta, Nada nyaris dilanggar kereta tetapi berjaya diselamatkan oleh Rina. Sayangnya mereka tidak saling mengenali. Kini, Nada bergabung dengan penyanyi jalanan dan membangunkan warung di depan sekolah mewah, di mana ibunya iaitu Rina mengajar muzik.
Nada kembali bertemu dengan Rina. Minat yang sama terhadap muzik membuatkan mereka semakin rapat. Sementara itu, Ricky, pelajar kegemaran di sekolah mewah tersebut, terpesona dengan bakat nyanyian Nada. Ia membuatkan Rasty, kekasih Ricky, cemburu dan ingin menghancurkan kehidupan Nada. Rasty selalu berusaha untuk menyingkirkan Nada dari hidup Ricky.
Kemudian diketahui bahawa Rasty sebenarnya adalah anak kepada Faris dan Nia. Adakah Rasty dan Nada yang merupakan adik beradik tiri akan berebut untuk mendapatkan cinta Ricky seperti kedua ibubapa mereka dulu?. Saksikan sinetron Nada Cinta di Astro Ria, mulai 27 September 2011, setiap Isnin hingga Jumaat, pukul 6.30 petang.
OST Nada Cinta: I Need You - Randy Pangalila feat. Kiting
Dauspozi: Sila usha blog Zon Lyric untuk lirik lagu 'I Need You'.
- Entry ini di'publish pada 25 September 2011 -





13 Comments:
best kan..
hik2
@Eazy Izzuddin Yup.. can't wait dowh!
Tak minat sangat cite seberang nie. Tapi kalau time² boring. Layan gak (",)!
www.anastasyea.com
@Anastasyea Daus pun dah lama tak tengok sinetron... Oleh kerana ni sinetron muzikal.. Tetiba rasa nak layan..
comelnye!!!
@Abang Suara Sape? Mikha ek?.. Kemain.. haha
x pham jalan cerita , hahahaha
@nurul diana haha.. try ler layan.. baru paham..
best...lagu nie,,,,,
q suka banget sama sinetron ini , tp baru liat nyampe episode 92 dah gak ada terusanya lg...bisa mina tolong uploud tin episode selanjutnya dong couze aku penasaran banget nih please ya... episode 93 nya dong tolong d uploud ....thankz....
assalamualaikum wr wb....aku suka banget sama sinetron nada cinta ,bisa minta tolong upload episode lanjutanya dong please yach.....episode 93 aku penasaran bngt makasih wa'salam....
@isabeela,,nabeela Yup.. memang best. :)
@Unknown Wa'alaikumussalam.. Kamu bisa liat episod2 Nada Cinta di blog temen blogger gua, Ezany Kun. Makasih.. :)
Post a Comment
SILA BACA NOTIS INI TERLEBIH DAHULU!
Assalamualaikum!
Sebelum korang meninggalkan komen, aku nak ingatkan supaya jangan tinggalkan link blog di ruangan komen.
Ini kerana blog Dauspozi.com akan dianggap sebagai BLOG SPAM oleh Google disebabkan link tersebut.
Komen yang mengandungi link blog akan dipadam serta merta. Kerjasama daripada korang semua amatlah diharapkan.
Terima kasih!