Home » , » Top 5 Lagu Raya Kegemaran Aku

Top 5 Lagu Raya Kegemaran Aku

Top 5 Lagu Raya Kegemaran Dauspozi
Assalamualaikum geng blog hijau. InsyaAllah, lagi beberapa hari kita semua, umat Islam bakal menyambut ketibaan bulan Syawal. So, aku nak ambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin. Kalau aku ada terkasar bahasa, tersilap cakap, atau pernah buat korang semua terasa sebelum ni, harap diampun ye. Berbalik pada tajuk entry, setiap orang mesti ada list lagu raya yang korang betul² suka kan?. Antara ratusan/ribuan lagu raya tempatan, hanya 5 lagu raya yang menjadi kegemaran aku, pendek kata wajib dengar pada pagi raya.

Top 5 Lagu Raya Kegemaran Aku

1. Selamat Hari Raya - Saloma


2. Dendang Perantau - P. Ramlee


3. Balik Kampung - Sudirman


4. Seloka Hari Raya - Uji Rashid & Hail Amir


5. Suasana Hari Raya - Anuar Zain & Ellina


Kelima-lima lagu raya ni yang zaman parents aku punya. Aku tak suka lagu raya zaman sekarang, macam tak 'hidup' je dia punya semangat lagu tu. Kalau dengar lagu raya zaman dedulu, mesti rasa syahdu je, betul tak?. By the way, ribuan terima kasih kepada bloggers yang hantar kad raya untuk aku, insyaAllah kalau ada kesempatan, aku buat entry khas pasal kad raya tersebut.

#Okbai

Dauspozi: Baju raya aku ada bekas conteng, kohaja punya kedai... Jual baju takde kualiti!

16 Comments:

::Cik Pija:: said...

balik kampung..! sentimental tuhh :)

AIDI MUHD said...

seloka hari raya paling best :D

aque said...

fara suke sume lagu raye...

sbb lagu raye besh.. hehehhehe

aslann said...

untunglaaaaaa..

SyazwanSarawak said...

semua aku suka! >.<

p/s: asal nama ko jadi top search query blog aku nih?? LOLOLOL
rujuk page alexa aku

Dauspozi said...

@::Cik Pija:: Ha'ah.. Bebudak kecik sekarang kenal lagu Balik Kampung dengan Selamat Hari Raya - Saloma je.. kikiki

Dauspozi said...

@AIDI MUHD yups bro!.. Dulu TV3 pernah guna lagu ni utk iklan raya kot.. :)

Dauspozi said...

@aque Kan.. Lagi² yang zaman mak bapak kita punya lagu.. fuhh

Dauspozi said...

@aslann hai kacak!... #Patdd

Dauspozi said...

@SyazwanSarawak LOL!.. guwa pun tak tau apasal.. haha..

enyheartsdiamond said...

suka halaman asmara, cahaya aidilfitri (ramlah ram) dan setahun sekali (amy mastura)

akubiomed said...

Lagu-lagu Raya Evergreen tetap menjadi pilihan untk diputarkan setiap kali Hari Lebaran menjelang tiba

dakkos said...

Selamat Hari Raya , maaf dzahir bathin dari saya, munkin ada komen2 saya yg menyingung perasaan harap dapat kemaafan ...

Dauspozi said...

@enyheartsdiamond Lagu raya baru kan?.. hehe

Dauspozi said...

@akubiomed Yup bro.. best!

Dauspozi said...

@dakkos Selamat hari raya jugak bro Dakkos... 0-0 yek! hehehe

Post a Comment

SILA BACA NOTIS INI TERLEBIH DAHULU!

Assalamualaikum!

Sebelum korang meninggalkan komen, aku nak ingatkan supaya jangan tinggalkan link blog di ruangan komen.

Ini kerana blog Dauspozi.com akan dianggap sebagai BLOG SPAM oleh Google disebabkan link tersebut.

Komen yang mengandungi link blog akan dipadam serta merta. Kerjasama daripada korang semua amatlah diharapkan.

Terima kasih!

 

BLOG DAUSPOZI.COM TELAH DIBINA PADA 27 JANUARI 2009. SEBARANG 'COPY PASTE' KE ATAS BLOG INI TANPA IZIN PEMILIK ADALAH TIDAK DIBENARKAN.